Blog

  • Ucapan Selamat Hari Guru 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Ucapan Selamat Hari Guru

    Siapa dalam gambar di atas? Hensem tak? Hehe. Itulah dia Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Bekelam, Muhammad Syafiq. Err, adik bongsu saya la ni. Gambar khas di atas diambil untuk buat ucapan selamat Hari Guru 2011 kepada para cikgu di sekolah dia.

    Sebelum kita pergi lebih jauh, suka saya ingatkan tema sambutan Hari Guru 2011 ialah Guru Penjana Transformasi Negara. Sambutan tahun ini adalah yang ke-40 dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching.

    (more…)

  • Apabila Blogspot Tidak Dapat Diakses

    Salam sejahtera buat semua.

    logo blogspot

    Semalam, semua jurublog (untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama servis Blogger) di platform Blogspot mengalami masalah apabila papan pemuka (baca: dashboard) Blogger @ Blogspot tidak dapat diakses kerana berada dalam mode read-only (boleh dibaca sahaja).

    Pasti ramai yang rimas, runsing dan risau apabila terjadi macam ni. Ada yang tak dapat nak lepaskan keinginan mengemaskini blog. Ada juga yang runsing banyak kerugian yang bakal terjadi dan ada pula yang risau blog mereka telah digodam.

    (more…)