Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 mulai 16 April 2010.

Keputusan kemasukan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Continue reading

Kenapa Kau Menulis Blog?

Salam sejahtera buat semua.

menulis blog

Soalan ini sebenarnya diajukan oleh rakan sekumpulan dalam projek ETP, yang mana mereka ini sangatlah bijak dalam mencari peluang memerli saya dengan gelaran beliamuda.

Sebaik sahaja soalan ini diajukan, saya mula ligat berfikir. Kenapa ya? Belum sempat ayat jawapan spontan terkeluar, seorang lagi rakan sekumpulan yang juga sangatlah suka mengenakan orang lain, Kuyam, menjawab dengan selambanya, “Untuk seseorang.”

Continue reading

Kesibukan Bulan April Menghampiri Klimaks

Salam sejahtera buat semua.

Bulan-April

Bagi semester Januari, bulan April adalah antara bulan yang paling sibuk dengan segala macam hal. Kebiasaannya, dalam bulan inilah akan datang segala projek-projek besar dalam setiap subjek dan tugasan-tugasan yang berat.

Esok, hari penilaian untuk projek ETP. Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Sejak dua tiga hari ni sibuk dengan sentuhan terakhir bagi projek ni. Kebetulan pula saya ditugaskan untuk membuat poster bagi projek kumpulan kami.

Continue reading

(Contest) Hidup Untuk Memberi – Menangi Acer Aspire One Secara Percuma

Salam sejahtera buat semua.

Acer Aspire One

Masih ingat lagi dengan contestHidup Berani Untuk Gagal” tempoh hari? Penganjur contest yang sama kembali lagi dengan contest yang sangat menarik. Baca lebih lanjut di bawah.

Kalau contest “Hidup Berani Untuk Gagal” yang lalu menawarkan hadiah yang berjumlah melebihi RM3000, kali ini Denaihati kembali dengan contest yang menawarkan hadiah Acer Aspire One kepada dua pemenang.

Continue reading