Nota Malam: (Bab 4) Tercipta Sebuah Kenangan Dalam Memori Indah

Salam sejahtera buat semua.

Blok Bahagia MRSM PC

[Lagu tema: Amuk – Matahari]

Kali kedua saya ditag dalam video di Facebook baru-baru ni. Sebelum ni dah pernah ditag sekali, tapi tak boleh tengok pun sebab line Internet di UTP tidak membenarkan pelajar membuka laman streaming. Lagipun kena tag pada video yang langsung tiada kaitan.

Namun tag dalam video yang kedua ini nyata berbeza dan membawa kembali semula ingatan beberapa tahun lepas. Ingatan kepada sebuah memori yang pelbagai yang telah dirangkai bersama teman-teman seperjuangan di MRSM PC.

Continue reading

Dedikasi Buat ETP 35 Dalam Rakaman Gambar

Salam sejahtera buat semua.

ETP 35, UTP

~Ini adalah entri dedikasi buat ETP 35~

Dengar sahaja Engineering Team Project (ETP), pasti pelajar-pelajar UTP (Third Year Engineering) akan berasa susah hati. Manakan tidak, subjek ini banyak menelan masa dan tenaga. Kena buat projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP (matlamat asal ETP).

Pengagihan kumpulan telah dibuat beberapa minggu sebelum bermulanya semester Januari 2010. Masing-masing pasti nak tahu siapa yang bakal sama-sama menanggung beban ETP ni.

Continue reading

Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

Jumlah pemilih pos: 799 orang

Sumber: Laman Web SPR

Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Continue reading

Bukan Diri Aku Yang Sebenarnya

Salam sejahtera buat semua.

topeng manusia

aku bukan bisu, cuma aku berdiam diri.

aku bukan buta, cuma aku menutup mata.

aku akan kembali hidup semula bila tiba masanya….tapi bukan bermakna aku mati sekarang ini.

Tulisan ni dah lama ada di profil Facebook saya. Berada di sudut yang entah berapa ramai sebenarnya yang baca…