Salam sejahtera buat semua.
Sekitar awal pagi tadi (pukul 3:04 pagi), terjadinya kejadian gerhana bulan penuh yang mana fenomena sama hanya akan berulang semula 11 tahun akan datang. Sempena dengan kejadian gerhana ini, Google telah mengeluarkan doodle simulasi gerhana bulan 16 Jun 2011.
Jadi, dengan Google Doodle kali ini, sekurang-kurangnya mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat sendiri kejadian gerhana penuh pagi tadi dapat melihatnya di sini, seperti saya. Simulasi di doodle kali ini hanyalah pergerakan siri gambar sepanjang proses gerhana bulan terjadi.
Kejadian gerhana bulan penuh yang terjadi kali ini adalah sangat jarang-jarang terjadi di mana bayang-bayang titik tengah bumi melepasi bulan sepanjang proses gerhana bulan ini terjadi.
Bagi siri gambar untuk simulasi gerhana bulan penuh 16 Jun 2011, anda boleh saksikan di sini.
beliamuda: Bagaimana pula dengan serangan Ops Malaysia semalam?
kami kat Mesir gerhana awal, pukul 1o malam dah mula..
naimulfirdausĀ“s last blog about ..mari promosi blog anda di sini
@naimulfirdaus, sempat mengikuti gerhana la ni?
Pingback: Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011 | beliamuda {dot} com