Apabila Delay Tweet Kontroversi Bikin Kecoh

Salam sejahtera buat semua.

Delay tweet

Bagi pengguna twitter yang menggunakan servis gladlyCast pasti tahu yang mereka menyediakan servis untuk mengemaskini kicauan (baca: tweet) dengan SMS secara percuma (hanya caj menghantar SMS biasa sahaja dikenakan).

Salah satu fenomena yang paling menarik bila menghantar kicauan dengan SMS ialah kemungkinan tweet tersebut lambat masuk (delay tweet). SMS yang dihantar akan singgah dulu di server gladlyCast sebelum dihantar sebagai masuk ke akaun pengguna tersebut.

Continue reading

Kehangatan ChemE Premier League (CPL) Edisi April Kian Terasa

Salam sejahtera buat semua.

Logo CPL 2011 (Apri)

ChemE Premier League (CPL) yang masuk edisi ketiga penganjuran kini bakal dilangsungkan sekali lagi. Memandangkan kemungkinan pada tahun ini akan ada lebih daripada satu penganjuran CPL, CPL Edisi April 2011 diberi nama.

Sebelum ini dua CPL telah dianjurkan iaitu pada CPL 2009 (penghujung tahun) dan CPL 2010 (sebelum praktikal pada bulan Mei). Untuk pengetahuan anda, CPL adalah perlawanan futsal yang diadakan khas untuk pelajar CJ07 (ChemE Jan 07).

Di bawah dipaparkan promo video CPL yang dihasilkan oleh Syazwan Zubir.

Continue reading

Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.1

Salam sejahtera buat semua.

WP 3.1.1

Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.1 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih lebih daripada 30 isu yang telah dikenal pasti.

Seperti biasa, pengguna WordPress boleh mengemaskini secara automatik melalui Dashboard masing-masing dan juga memuat-turun secara manual. WordPress 3.1 (Reinhardt) telah diperkenalkan pada hujung bulan Februari yang lalu, membawakan banyak perubahan ketara.

Continue reading

Mencuba Servis KDING 25333 (Mesej Infeksi)

Salam sejahtera buat semua.

Main-main servis KDING

Sejak dua hari lepas, servis KDING 25333 yang asal-usulnya heboh sebagai mesej infeksi telah mula beroperasi secara percuma sehingga 8 April, setelah gelombang kedua mesej infeksi melanda.

Apa salahnya mencuba servis ini kalau dah percuma kan? Jadi, saya telah cuba servis KDING ini untuk menghantar flash message kepada rakan-rakan saya. Ada juga yang bengang, terutama rumet sampai pos dalam Faecbook lagi… >_<

Continue reading