Salam sejahtera buat semua.
Genap seminggu tanpa kemaskini di blog. Sejak kali terakhir meninggalkan jejak di sini, saya telah meninggalkan bumi Malaysia untuk ke Singapura atas urusan kerja. Dekat je pun sebenarnya.
Cuma belum pasti bilakah saya akan kembali semula ke Saujana Puchong. Namun yang pasti, setiap 30 hari saya perlu meninggalkan bumi Singapura kerana kemasukan saya ke negara ini adalah maksimum selama 30 hari sahaja. Mungkin ke Johor Bahru. Sepanjang seminggu yang lalu dan beberapa minggu mendatang, saya melakukan urusan kerja di Tuas (berdekatan dengan Second Link, Tuas Checkpoint yang menghubungkan Malaysia – Singapura).
Hari pertama bermalam di Pasir Panjang Inn sebelum ke Wilby Residences Bukit Timah sebagai tempat penginapan sepanjang berada di sini. Nasib baik ada talian Internet di apartment ni dan juga di ofis. Tidaklah pula terputus hubungan kerana broadband tidak boleh digunakan semasa roaming. Panggilan masuk pun akan dicaj. Jadi, sebarang urusan yang tidak penting akan diabaikan begitu sahaja. I’ll comeback to you later!
beliamuda: Kemaskini ini dibuat dengan kesedaran sendiri tanpa pertanyaan daripada sesiapa. Sedih.