Persiapan Konvokesyen ke-12 UTP

Salam sejahtera buat semua.

Majlis Konvokesyen 12 UTP

Baru minggu lepas saya dapat surat jemputan rasmi untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) melalui emel. Rasanya, rakan-rakan lain pun sama. Tak tahulah kenapa lambat sangat nak hantar surat jemputan rasmi tu.

Dengan tarikh konvokesyen yang berbaki kurang tiga minggu, pengesahan kehadiran juga telah hampir ditutup. Pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen UTP kali ke-12 akan ditutup pada 5 Oktober.

Selepas itu, barulah senarai nama graduan untuk dua sesi akan dikeluarkan pada 10 Oktober. Ada khabar angin mengatakan majlis konvokesyen bagi graduan Kejuruteraan Kimia akan berlangsung pada sesi kedua, berbeza dengan tahun sebelumnya.

Kemaskini pengkalan data sebelum bergerak semula ke Singapura pada Ahad ini...

Saya  baru sahaja menyempurnakan proses pembayaran berkaitan konvokesyen dan pengesahan kehadiran lewat petang semalam. Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir untuk membuat sebarang bayaran kerana telah diberitahu bahawa bahagian kewangan akan mengambil masa tiga hari untuk membuat pengesahan pembayaran bagi graduan yang tidak membayar secara terus di kaunter.

Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT/MOHE) juga telah diselesaikan awal-awal lagi. Setiap graduan diwajibkan untuk mengisi borang kajian tersebut dan akan diberikan slip khas sebagai bukti kajian telah dijawab sepenuhnya.

Slip khas ini perlu ditunjukkan semasa sesi mengambil jubah konvokesyen masing-masing berserta dengan slip pengesahan graduasi (Graduation Confirmation Slip). Urusan mengambil jubah ini saya wakilkan kepada bekas rumet di UTP kerana saya hanya akan kembali ke Malaysia pada 19 Oktober (Jumaat) iaitu hari terakhir sesi pengambilan jubah.

Dokumen yang merekodkan segala maklumat projek

Nasib baik sebelum bergerak ke Singapura pada awal September lepas, saya dah siap sedia dengan keperluan lain seperti pakaian formal termasuk kasut hitam. Lagipun, saya akan bergerak ke UTP dari kampung halaman bersama keluarga sedangkan barang-barang tersebut kebanyakannya berada di rumah sewa di Saujana Puchong.

Sekarang ini hanya menanti masa berlalu dan memberikan tumpuan untuk urusan kerja yang akan menghampiri kemuncak, bermula dengan bekalan tenaga dibekalkan semula pada hari esok. Semoga segalanya berjalan lancar. Doakan kemudahan urusan saya di sini.

beliamuda: Bagaimana dengan persediaan dan persiapan rakan-rakan yang lain?

7 thoughts on “Persiapan Konvokesyen ke-12 UTP

  1. Pingback: Mengisi Borang Pendaftaran Keahlian Alumni UTP | beliamuda {dot} com

  2. boleh ke kalo wakilkan kawan utk ambil jubah bagi pihak kita? apa yang perlu disertakan kalo kita nak wakilkan kawan amekkan..?
    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge