Harga Gula Naik, Tapi Harga Makanan dan Minuman Tak Boleh Naik!

Salam sejahtera buat semua.

Gula Harga Baru Utusan Malaysia

Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia telah pun membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September lepas.

Diantara isi penting Bajet 2013 ialah pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen yang meletakkan gula pada harga baru iaitu RM2.50 sekilo.

Dalam perkembangan berkaitan, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha restoran atau kedai makan yang menaikkan harga makanan dan minuman susulan pengumuman pengurangan subsidi gula dalam Bajet 2013 semalam.

Koordinator Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Wan Noor Ab. Rahman berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan memantau premis-premis yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Utusan Malaysia, 30 September 2012

Secara logik, apabila harga barang mentah naik, harga produk akhir juga akan naik kerana pengusaha mahu mengekalkan keuntungan dalam jualan mereka.

Dalam kes gula, apabila harganya dinaikkan, semestinya makanan dan minuman yang menggunakan gula juga akan mengalami kenaikan harga.

Adalah sukar untuk mengharapkan pengusaha menyerap kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram ini. Tidak dapat tidak, pasti ada pengusaha yang menaikkan harga dan pengguna yang akan terkena tempiasnya.

Kalau pengusaha tak naikkan harga, mereka akan mengalami penurunan dalam keuntungan. Jika naikkan harga, pihak Kerajaan pula akan mengambil tindakan.

Mungkinkah makanan dan minuman akan menjadi lebih tawar selepas ini?

Mustahil! Hanya harga makanan dan minuman yang akan naik!

beliamuda: “Teh tarik kurang manis satu!” “Ok, tapi harga sama ya!”

3 thoughts on “Harga Gula Naik, Tapi Harga Makanan dan Minuman Tak Boleh Naik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge