Misi Semakan Gelung Projek Atas Kapal

Salam sejahtera buat semua.

CA100 dan Walkie Talkie

Setelah hampir sebulan sibuk dengan urusan pemasangan dan modifikasi sistem untuk projek atas kapal nombor 1 di Singapura, fasa kedua bermula apabila keseluruhan sistem berjaya dihidupkan dengan bekalan kuasa UPS.

Kini, misi untuk memeriksa sambungan setiap sensor ke sistem kawalan pula berlangsung. Saya ditugaskan ke bahagian jentera dan mesin. Bahagian lain yang ada ialah kargo, pemampat, pendandang, penutupan kecemasan dan sistem pengurusan bekalan kuasa.

Selesai fasa dua nanti, kami akan digerakkan untuk persediaan projek kapal nombor 2 dengan beberapa ahli yang lain terus di sini untuk fasa ketiga.

beliamuda: Setiap kali naik kapal harus pakai baju monyet!

Kosa kata

  1. Semakan gelung: Loop check
  2. Sistem kawalan: Control system
  3. Jentera dan mesin: Machinery
  4. Kargo: Cargo
  5. Pemampat: Compresser
  6. Pendandang: Boiler
  7. Penutup kecemasan: Emergency Shut Down (ESD)
  8. Sistem pengurusan bekalan kuasa: Power Management System (PMS)
  9. Baju monyet: Boiler-suit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge