Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

Comments

191 responses to “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000”

  1. Maya Avatar
    Maya

    Saya dan suami terima juga sms tersebut dan anak saya membalas balik dengan “Menipu org je dik. Tak berkat hidup.”

    1. benci penipu Avatar
      benci penipu

      Saya pun terima juga sms tu, nombor siri pun sama 9r247yk dari nombor0138930965

  2. nizam Avatar
    nizam

    tq bro…gua pon dia bg..tp contact lain la..012-8641 821
    menang bonuslink sgt..!!puii..hahaa

  3. Ms low bee lian Avatar
    Ms low bee lian

    Tipu!tipu!
    RMO,Your Card
    telah berjaya &
    menangi hadiah
    GRAND PRIZE.dr
    shell (M) Berhad
    RM20.000 RIBU
    No siri.4D257SR
    sila dail talian:
    012-8643-601

    1. baron zhebet Avatar
      baron zhebet

      Jdi yg benar sms itu harus dikirim melalui no apa??

    2. baron zhebet Avatar
      baron zhebet

      Hahaha… Tpi knpa pihak yg brwajib msih membiarkan penipuan yg begituan

    3. zubai Avatar
      zubai

      kite pun baru dpt dr no tu…. pd 2.1.14…. tiiiipuuuuu

  4. ann Avatar
    ann

    Tahniah untuk Amirullah.. pe cer..nme somi sy ni..adoyaii..

  5. asyraf Avatar
    asyraf

    yeke gua bru je dapat bro..dia suruh prgi atm lepas tu dia suruh telefon..

    1. nurul Avatar
      nurul

      Samer ar kiter…
      G ATM dan call smula..
      Make sure dlm ATM card ada RM1000

  6. FK Avatar
    FK

    Terima same msg from 6012-8107958 also. Ask to dial talian 012-8643601

  7. kosimwira Avatar
    kosimwira

    Sama la saya pun dapat.tapi blas blik .jagan dok bohong la ,mana ada sykt dalam dunia ni .tiba.tiba nk bg duit kat org .macm 2 saja

  8. radz.taib Avatar

    ah….beriya-iya bg tahniah… no. siri sama.Tapi contact no. lain. suka benar kerja tipu ni. Ada ke yg dh terpedaya?

  9. radz.taib Avatar

    baru terima. beriya-iya bg tahniah. no. siri sama tapi contact no. lain. ada ke yg terpedaya? sudah2 la tu!

  10. zee ramly Avatar
    zee ramly

    Ape kate sape yg dapt sms tu p serang je office yg soh kita call tu…biar dia tercirit dlm sluar nk bayr berpuluh puluh ribu yg dia jnjikn…klau dh sah2 menipu bwa trus kebalai…lu citer la sndri kat balai…smpai sekarg pn hidup gak lgi parasit ni…last yr sya dapt sms, kelmarin pn sya dapt lgi…jom serg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge