Salam sejahtera buat semua.
[Terkini: Tarikh rasmi semakan keputusan SPM 2011!]
Bulan Mac secara tradisinya telah menjadi bulan di mana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut, terutamanya kepada bekas pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia.
Tidak seperti tahun sebelumnya, saya tidak dapat turut sama untuk merancakkan debaran lepasan SPM 2011 menanti pengumuman keputusan peperiksaan masing-masing. Boleh dikatakan saya agak ketinggalan sedikit tahun ini. Nak berteka-teki mengenai tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 pun agak lewat.
Saya agak teruja juga apabila tarikh 22 Mac 2011 telah disebarluaskan sebagai tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 berdasarkan maklumat ianya terdapat dalam kalendar pengurusan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maknanya, ianya bukan suatu tarikh yang dipilih secara rasmi selagi belum ada hitam putihnya. Tapi adik ada sebut yang tarikh pengumuman SPM 2011 ada disebut dalam surat khabar. Cuma dia sendiri tidak pasti kat mana dia tengok tu.
Isi masa lapang sambil tunggu result SPM dengan melihat pameran PETRONAS F1!
Lebih memeranjatkan saya apabila ada blogger yang mendakwa semakan secara dalam talian (baca: online) boleh dibuat di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sejak bila pula bidang kuasa pengurusan SPM berada di bawah MPM? Setahu saya, MPM hanya mengendalikan peperiksaan STPM dan MUET (dan lain-lain peperiksaan yang jarang didengar).
Adakah semakan keputusan SPM 2011 secara online yang diperkatakan ini berdasarkan semakan STPM secara online yang boleh dilakukan di laman web MPM? Jangan kata tertinggal âTâ pula semasa menaip tu. Pastikan dulu betul maklumat kalau mahu disebarkan. Untuk pengetahuan semua, SPM berada di bawah pengurusan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), bukannya MPM.
Kesimpulannya, debaran lepasan SPM 2011 nanti pastinya akan ditambah dengan kehampaan jika mereka tidak dapat membuat semakan keputusan secara online di laman web MPM. Kalau ada semakan keputusan SPM 2011 secara SMS nanti pun mungkin agak tergendala dan sesak teruk. Semoga faktanya betul dan sahih. Sekian.
beliamuda: LPM dan MPM tu bukan satu badan yang sama.
Pingback: Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2011 | beliamuda {dot} com