Snippet: Viva Projek Tahun Akhir (FYP)

Salam sejahtera buat semua.

Presentation

1. Akhirnya, tamat juga sesi viva atau pembentangan bagi Projek Tahun Akhir (FYP) bersama-sama dengan dua orang pemeriksa (baca: examiner) yang kedua-duanya merupakan pensyarah expatriat.

2. Pemeriksa dalam (baca: internal examiner) ialah Dr Nejatollah dan pemeriksa luar (baca: external examiner) ialah Prof. Duvvuri Subarrao. Padahal kedua-dua adalah pensyarah UTP daripada Chemical Engineering Department. Tiada pemeriksa daripada industri untuk kumpulan saya.

3. Tajuk Projek Tahun Akhir saya ialah “Removal of Zn(II) ions from Aqueous Solution using Activated Carbon Prepared from Rice Husk Treated with Sodium Hydroxide”. Panjang betul tajuk.

4. Sesi pembentangan bermula dengan kurang enak apabila projektor tidak berfungsi dengan baik. Kadar kecerahan macam rendah sangat. Nasib baik slaid pratonton sahaja yang bermasalah. Lain-lain slaid dapat dibaca dengan baik. Saya tak perasan mengenai masalah pada paparan slaid kerana saya memandang terus ke monitor komputer.

5. Pembentangan berjalan lancar dengan soalan-soalan awal daripada Dr. Nejat yang lebih kepada menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Prof Rao hanya mencelah sedikit sebanyak.

6. Keadaan menjadi semakin rancak apabila Prof Rao mempersoalkan setiap prosedur yang dilalui dalam proses penyediaan bahan. Nyata, dia memang mahir dalam bidang yang sedang dibentangkan. Ada beberapa perkara yang dipersoalkan tidak mampu dijawab dengan baik.

7. Kemuncak serang balas soalan bermula apabila masuk bahagian keputusan dan diskusi. Kebetulan pula dengan permasalahan yang berkaitan dengan peralatan analisa sekaligus menjejaskan keputusan yang dipaparkan.

8. Oleh kerana masa yang singkat dan penyediaan bahan utama yang mengambil masa lama, eksperimen utama hanya dijalankan sekali sahaja. Maka ianya tidak dapat digunakan untuk menghasilkan model (Langmuir Isotherm dan Freundlich Isotherm).

9. Ini menyebabkan Prof Rao tidak berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dibuat kerana ianya tidak membawa apa-apa makna bagi seorang yang bergelar chemical engineering student. Nasib baik saya memang sedar akan hal ini dan telah mencadangkan ia sebagai salah satu perkara yang perlu diperbaiki untuk kajian di masa depan.

10. Kata-kata terakhir daripada Prof Rao ialah “don’t worry, you will be graduating”. Terima kasih di atas segala komen dan kritikan sepanjang pembentangan yang diberikan oleh Dr Nejat dan Prof Rao.

beliamuda: Perkara terbaik untuk dilakukan semasa menerima kritikan dan komen tersebut ialah senyum dan mengangguk sahaja. Sebarang jawapan akan jadi invalid.

10 thoughts on “Snippet: Viva Projek Tahun Akhir (FYP)

    • @Izwan, ada dua FYP juga, yang merangkumi dua sem. Sama seperti ko jugak. Cuma dua sem tu tidak cukup setahun sebab di UTP guna sistem 3 sem dalam satu tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge