Perkongsian buat Kak @kujie: SPC

Salam sejahtera buat semua.

tweet-kak-jie

Sudah sekian lama saya tidak mendengar perkataan SPC disebutkan dengan lebih kerap melainkan setelah bermulanya semester terakhir ini kerana subjek Statistical Process Control (SPC). Namun, perkongsian mengenai SPC yang akan saya coretkan di sini adalah berkenaan dengan Skim Pelajar Cemerlang anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kak Jie ada bertanya di Twitter berkenaan dengan SPC. Sebelum ini pun saya menjawab secara spontan sahaja dalam mensi (baca: mention) kepada Kak Jie yang menyebut perkataan SPC. Jadi, apa yang saya kongsikan di sini adalah setakat apa yang pernah saya lalui dahulu, terutama program SPC-UTP.

Seingat saya, kursus yang ditawarkan di bawah SPC adalah terhad kepada dua bidang utama iaitu perubatan dan kejuruteraan (nota tambahan: ada juga bidang lain yang ditawarkan seperti prinsip akaun). Mungkin terdapat perubahan dalam kursus yang ditawarkan bergantung kepada polisi semasa MARA. Perkara ini boleh diketahui lebih lanjut dengan berhubung terus kepada kaunselor di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

logo MRSM

Langkah paling awal dalam permohonan SPC ialah membuat satu esei yang menunjukkan objektif pengajian pemohon dalam bidang yang dipohon. Esei ini sedikit sebanyak menggerakkan pemohon untuk membuat kaji selidik mengenai bidang yang ingin dipohon dan menulis esei yang baik dalam bahasa Inggeris (boleh minta bantuan guru bahasa Inggeris untuk membuat semakan).

Dalam bidang kejuruteraan untuk SPC, ada dua program iaitu SPC-UTP dan Trek Pantas (baca: fast track) UTM. Tidaklah pula saya pasti apa perbezaan yang nyata antara kedua-duanya melainkan Affan ada menyatakan mengenai keberadaan program asasi (baca: foundation).

utplogo

Bagi program SPC-UTP, pelajar yang membuat permohonan akan dipilih untuk menghadiri temuduga yang diadakan oleh pihak Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di beberapa pusat temuduga di MRSM terpilih. Rasanya ini prosedur biasa yang ditetapkan oleh pihak UTP. Temuduga biasanya bermula sehari selepas hari terakhir pelajar menduduki SPM pada tahun tersebut.

Pelajar yang berjaya dalam temuduga ini akan diberikan penawaran melanjutkan pelajaran ke UTP dalam bidang kejuruteraan yang ditawarkan. Tempoh selepas jawapan berjaya melanjutkan pelajaran ke UTP dan tarikh kemasukan adalah singkat. Semasa waktu saya dahulu, kami hanya mempunyai tempoh masa kurang seminggu selepas keputusan kemasukan ke UTP dikeluarkan.

Bayangkan, temuduga dilakukan sehari selepas peperiksaan SPM iaitu sekitar pertengahan Disember dan keputusan kemasukan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Januari kerana sesi akademik baru biasanya bermula pada minggu terakhir bulan Januari.

Mengenai temuduga yang dijalankan, ianya ringkas sahaja. Ada dua sesi iaitu temuduga secara individu dan berkumpulan. Untuk sesi berkumpulan, setiap ahli perlu membuat ulasan mengenai tajuk yang telah diberikan sebelum sesi temuduga bermula.

Gate MRSM PC

Itulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai SPC yang saya tahu. Untuk lanjut, adalah lebih jelas sekiranya dirujuk kepada cikgu di MRSM dan pihak MARA.

beliamuda: Masa zaman saya dulu, tak perlu ambil ujian bertulis pun untuk program SPC di bidang kejuruteraan. Cuma ada dilema jugalah dalam memilih bidang dan kursus yang ditawarkan.

18 thoughts on “Perkongsian buat Kak @kujie: SPC

  1. Terimakasih kerana luangkan masa untuk menulis info ini.

    Sebelum ini langsung tak tau tentang SPC.

    P/s – kak jie dlm tren senandung langkawi kt ipoh skrg ni

    • @kujie, Masa awal2 SPC dulu, tak ada blog lagi. Sekarang ni kena perah balik memori untuk ingat semula.

      ps: lewat tu kalau pukul 2 pagi baru sampai Ipoh dengan Senandung Langkawi sebab biasanya pukul 12.30 tu dah sampai Batu Gajah kalau dengan Senandung Langkawi. Saya dah dua kali naik Senandung Langkawi daripada KL Sentral.

  2. Sebenarnya mcm keliru sikit sebab result trial anak kak jie bukan cemerlang sgt…gpa dia pun. Mungkin esei dia yang menarik.

    Dia minta SPC ke luar negara, bila dh dipanggil utk hadiri temuduga dah rasa berbelah bagi…betul ke?

  3. pasal SPC ,,,thun ni MARA da buat pinjaman boleh ubah
    mngikut cgpa masing2..jdi even 1st class pon still kna byr 15% drpada jmlah yg dipinjam..

  4. Assalamualaikum , kalau soalan yg ditanya tu ada berkenaan dgn course yg dipilih atau isu semasa ? Tq 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge