Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sesi 2012 Sabah dan Sarawak

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSMMajlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonon bagi pelajar lepasan UPSR 2011 dan warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012 di Sabah dan Sarawak. Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia diletakkan di bawah tulisan yang lain.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera Tahun Enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
  3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.

Pemilihan

  1. Selain memenuhi syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata laluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri / Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi, iaitu 17 November 2011.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

beliamuda: Jangan tanya saya kenapa dibuat pengasingan dengan Semenanjung Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge