Perhatian Kepada Penerima Emel Ini! Sila Baca Sehingga Habis

Salam sejahtera buat semua.

YAHOO! Mail

Sudah menjadi salah satu tabiat saya di pagi hari untuk memeriksa emel yang masuk ke dalam peti emel di Yahoo! Mail dan GMail. Tapi hari ini saya tergerak hati untuk turut menyemak emel di bawah domain beliamuda {dot} com.

Tiada emel yang menarik pun diterima untuk dikongsikan bersama-sama dengan semua, tetapi tulisan kali ini bertujuan untuk berinteraksi dengan pembaca di luar sana yang melanggan blog ini secara terus ke peti emel. Saya menggunakan servis Feedburner bagi tujuan ini.

Semasa menyemak emel hosting blog ini, banyak juga emel yang saya terima menyatakan tentang pembaca yang menyah-langgan blog ini. Pernah juga suatu masa dahulu, ada seorang penerima emel yang agak gusar kerana menerima emel setiap hari. Sebenarnya di bahagian bawah emel tersebut ada pautan khas yang disediakan untuk memberhentikan korang daripada terus menerima emel kemaskini daripada saya.

Cuma saya pelik bila dia menyatakan bahawa tiba-tiba sahaja dia menerima pelbagai emel daripada blog ini sedangkan ianya tidak akan terjadi jika bukan korang yang melanggan untuk menerima emel tersebut. Diharap penerima emel ini akan jelas dengan keadaan sebenar.

beliamuda {dot} com

Mungkin ada penerima emel yang melanggan kerana beberapa tulisan saya yang menarik, namun banyak juga tulisan saya yang terlalu peribadi sehinggakan ianya mungkin tidak memberi faedah kepada pembaca yang lain. Ada cara untuk melanggan berdasarkan kategori entri, namun saya sendiri tidak pasti bagaimana cara untuk melanggan secara tepilih melalui emel. Melalui langganan suapan (baca: RSS Feed), ianya boleh dilakukan secara terus dengan hanya memilih kategori yang diminati sahaja.

Dalam banyak emel nyah-langgan yang saya terima, ada juga yang membalas emel tersebut dengan komen kepada isi yang terdapat dalam emel tersebut. Tidak kurang juga yang memberi peransang semoga terus menghasilkan tulisan-tulisan yang menarik.

Jadi, di kesempatan entri kali ini, saya berharap penerima emel ini dapat menyatakan apakah sebab mereka melanggan emel kemaskini daripada beliamuda {dot} com sama ada dengan cara menjawab emel ini ataupun dengan menyatakan di ruangan komen (cara terbaik). Berikan juga sebarang komen berkaitan jika ada.

Sekian, terima kasih.

beliamuda: Emel scam harta Gaddafi sudah mula tersebar. Kalau rasa dah kaya sangat, balas la emel scam tersebut!

4 thoughts on “Perhatian Kepada Penerima Emel Ini! Sila Baca Sehingga Habis

    • @mfirdausmohd, Wasalam. Kebiasaannya, hosting yang dibeli akan dilengkapi terus dengan sistem emel percuma (pada domain kita). Ini boleh diakses melalui cPanel (atau apa2 server apps yang ditawarkan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge