Salam sejahtera buat semua.
Agak tak patut untuk meletak tajuk entri dengan menggunakan angka sahaja. Tetapi itulah tarikh hari ini. Satu turutan nombor yang menarik iaitu bilangan menaik angka 9, 10 dan 11. Tiada apa yang istimewa pun.
Tadi terperasan satu tuit daripada Penaberkala yang memperkatakan tentang tarikh hari ini yang lawa. Kalau pada tahun lalu, tarikh yang lawa adalah pada 101010, juga jatuh pada hari Ahad. Tapi pada tahun lalu, tiada pula yang saya tulis mengenai tarikh tersebut.
Walaupun tiada apa yang ditulis mengenai tarikh 101010 yang mungkin ada segelintir pihak percaya ianya nombor yang membawa tuah serta banyak mengadakan acara dan sambutan tertentu, hal yang sama juga mungkin berlaku pada hari ini.
Saya masih ingat lagi apakah aktiviti yang dilakukan pada tarikh 101010 tersebut. Satu perkara yang tidak dirancang sebenarnya. Namun biarlah saya simpan dalam ingatan saya sahaja buat masa ini tentang apakah aktiviti yang saya maksudkan tersebut.
Kini, sudah setahun hampir berlalu. Pada hari Ahad setelah setahun berlalu, hadir lagi satu tarikh yang menarik iaitu 091011. Baru sahaja pulih daripada demam yang dipenuhi dengan perkara yang pelik, namun batuk masih lagi bersisa. Di pagi hari ini, hujan turun membasahi bumi. Jangan jadikan ia penghalang untuk anda menikmati cuti hujung minggu, bagi yang masih bercuti.
beliamuda: Selamat berhujung minggu dan selamat bekerja!
untung la sape lahir tarikh 9-10-11 ni. senang nak ingat. 😛
Pisyek´s last blog about ..Google Plus versus Everybody #3
huhu tajuk entry kte utk arini smela.
tp xde pape pon yg besh tjadi dlm tarikh yg unik ni =)
eyka elisha´s last blog about ..9.10.11
9-10-11….
ain baru perasan tarikh nie cantek…
thee thee….
ada ong kate orang cina..