Salam sejahtera buat semua.
Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.
Lagi pula, trimester yang dilaksanakan tahun ini bagi pelajar Tahun Akhir Kejuruteraan menjadikan hampir setahun penuh saya berada di UTP dengan tiada pun cuti panjang. Kali terakhir saya bercuti panjang adalah pada cuti semester Julai 2009 sebelum bermula semester Januari 2010.
Girangnya mereka sejak bermula semester terakhir ni
Kalau diselongkar gambar-gambar lama terutama gambar yang diambil sepanjang Minggu Aluan Siswa (MAS), pastinya menimbulkan perasaan nostalgik. Pasti dapat dilihat perubahan wajah masing-masing. Muka saya? Saya rasa tidak banyak berubah pun. Bentuk tubuh pun maintain macam ni je. Hehe…
Bagi semester terakhir ini, tidak lengkap jika Projek Akhir Tahun (baca: Final Year Project – FYP) tidak menjadi rencah yang perlu dirasa. FYP telah pun bermula sejak semester lepas lagi, namun segala kerja-kerja eksperimen (projek saya) hanya bermula pada semester ini dengan 4 jam kredit. Kini, saya sedang bertungkus lumus dengan urusan FYP.
Selain FYP, ada lagi dua subjek yang saya ambil yang mempunyai peperiksaan akhir semester iaitu Statistical Process Control (SPC) – subjek majoring dan Operation Management (OM) – inilah semester terakhir ianya ditawarkan di UTP.
Secara ringkas, inilah tiga subjek yang terakhir sekali saya ambil di UTP:
Final Year Project II (CAB 4614)
Operation Management (GAB 4013)
Statistical Process Control (CBB 4533)
beliamuda: Menjadi persoalan sekaran ini ialah apakah hala tuju selepas ini? Sambung belajar lagi di peringkat seterusnya atau mula mencari kerja?
hai abg final year..leh kenal2?haha
aminbaek´s last blog about ..~Bersama-samalah kita~
@aminbaek, hi. boleh awak. Nak num phone saya ke? Hak3.
semoga berjaya…
kalau ada peluang kerja… elok kerja dulu boleh tampung kos hidup sekarang…
yangbaik´s last blog about ..Shell FuelSave Day – Malaysia
@yangbaik, terima kasih. Rasa macam payah je nak dapat kerja, sebab tu la macam nak pertimbangkan untuk master. Lagipun, tawara untuk master tu pun agak menarik.
kenapa kena belajar operation management?
saye amik jugak subject tu sem ni,cuma ada tambahan perkataan Production di depan. Production & Operation Management.
(mungkin ada lain skit kot, teks yang saya guna ditulis oleh Russel & Taylor, 7th ed. ~)
semoga berjaya untuk final final~
ikin´s last blog about ..totalitarianism
@ikin, sebab Operation Management ni salah satu subjek yang khas untuk aplikasi berkaitan pengurusan dalam bidang pembuatan. Sebab tu kena belajar. Kami guna buku daripada Pearson (Heizer & Render) seperti gambar di atas.
pojie tu xkire bila,hepi sokmo…hahaha…selamat berfinal sem beliamuda 😀
kuyam´s last blog about ..To my sweety…selamat harijadi ke 21thn cayanggggg =)
@kuyam, selamat berfinal sem jugak kuyam~
haha..cis kuyam..
haih, capub nyer la gambo.haih~
@lipanboy, haha.. bukan ko pose ni khas untuk blog ke? keh3.
euwww..datng lambat, dudk bersila
@rumate, bukan salah guwe datang lambat. Kalau semua datang awal, tetap ada yang kena duduk bersila jugak sebab bilik tu memang tak boleh nak muat dengan semua pelajar yang hadir.
kawen la..dh ade org yg mnunggu tu ehehe
hazwan´s last blog about ..Sambal Tok-Tok
@hazwan, amboi, mudahnya kawen. hahaha~