Salam sejahtera buat semua.
Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.