Salam Perkenalan Pertama

Salam sejahtera buat semua.

Kenangan Nokia 6233

Detik 6 Ogos yang berlalu pergi dengan titik hitam dalam hidup, iaitu terlibat dalam kemalangan motorsikal kemudiannya dihiasi dengan sebuah salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali.

Sedang leka berbaring di atas katil sambil menanggung sakit di badan yang masih menyengat, mata dirasakan malas untuk dibuka. Suasana sepi pagi Sabtu yang menyebabkan masing-masing bermalas-malasan sahaja untuk mengisi hujung minggu yang bosan.

Tragedi semalam mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi mood masing-masing. Kejadian yang terjadi tanpa diduga, lalu mewarnai perjalanan praktikal sepanjang lapan bulan di Kulim Hi-Tech.

Tiba-tiba hening pagi itu dipecahkan oleh bunyi henpon menandakan ada mesej yang masuk. Malas juga henpon dicapai walaupun letaknya hanyalah disisi. Malas bergerak kerana sakit pasti menyengat lagi.

Musykil. Mesej datang daripada nombor yang tidak dikenali. Tapi isinya memang dituju kepada tuan punya henpon tersebut. Mesej dibalas sebagai menjawab persoalan yang diajukan sambil mengajukan juga satu lagi soalan buat penghantar mesej tersebut.

Mesej berbalas lagi. “Saya kawan baru awak”.

Ringkas. Itulah salam perkenalan pertama yang dihulurkan. Salam yang bersambut dan telah dijangka sebenarnya.

Kini setahun telah berlalu. Moga salam perkenalan itu membawa makna yang lebih baik dalam hidup kedua-duanya.

beliamuda: Lagi dua minggu nak balik kampung…

10 thoughts on “Salam Perkenalan Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge