Awas Semasa Memadam Gambar yang ada di dalam Album Foto Google+

Salam sejahtera buat semua.

google_plusSaya tidak pasti berapa ramai rakan-rakan di sini yang mempunyai akaun Google+ (Google Plus) dan aktif menggunakannya. Kalau ada yang aktif, pastinya lebih arif dan tahu mengenai selok-belok Google+.

Buat pengguna Google+ yang juga merupakan seorang pengguna platform Blogger (Blogspot), sedarkah anda bahawa kedua-dua tersebut menggunakan Picasaweb sebagai tempat simpanan gambar (sebagai hosting)?

Mungkin selama ini pengguna Blogspot tidak ambil tahu dimanakah gambar-gambar yang dimuat naik ke Blogger untuk dimasukkan ke dalam entri itu disimpan. Sebenarnya, ianya disimpan di Picasaweb, sebuah servis simpanan gambar oleh Google. Cuba la login di sana untuk tinjau apa yang ada di situ.

Picasa Web Albums

Pada masa yang sama, Google+ juga menggunakan Picasaweb sebagai tempat simpanan gambar namun berbeza dengan Blogger, anda mempunyai kawalan ke atas setiap gambar yang dipaparkan melalui paparan foto di Google+ (boleh tengok, padam dan tambah secara terus).

Google  photos

Tanpa sedar, mungkin ada yang terpadam gambar yang wujud di dalam paparan foto akaun Google+, terutamnya risau mengenai status privasi gambar tersebut. Katakanlah, anda mempunyai satu blog yang menggunakan akaun blogspot yang tidak diketahui oleh rakan anda. Setiap paparan gambar di dalam blog tersebut akan turut dipaparkan dalam akaun Google+ anda jika akaun yang sama digunakan untuk Google+ dan Blogger.

Google  photos_2

Namun, ia tidak semestinya dapat dilihat oleh rakan anda. Jadi, sebelum memadam gambar tersebut, pastikan dahulu tetapan mengenai album tersebut. Apabila anda dah terpadam gambar tersebut, ianya akan terus hilang daripada paparan di Google+, mahupun di Blogger.

Google  delete photos warning

Sebenarnya masalah privasi gambar tidak akan jadi masalah jika pengguna betul-betul faham mengenai tetapan gambar yang dipaparkan bagi setiap album. Lagipun, hanya pengguna Blogspot yang mempunyai blog tersembunyi (tidak mahu diketahui oleh rakan) sahaja yang risau mengenai paparan gambar yang tersiar di Google+.

beliamuda: Bahan bacaan asal dirujuk pada entri Blogger Sentral. Abaikan mana-mana gambar di atas yang tidak menyenangkan…

6 thoughts on “Awas Semasa Memadam Gambar yang ada di dalam Album Foto Google+

    • @afiq aiman, kalau album tu tidak ditukar setting, selamat je rahsia blog-blog rahsia tu. Kalau tukar ke public, memang rakan-rakan lain boleh tahu la.

    • @muhammad fakhruddin, Kalau tiada, tak jadi masalah la. Yang jadi masalah, bila kita ada blog private (yang isinya pun kadang2 tak berapa nak betul), yang tu la biasanya orang nak sembunyikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge