Awas Semasa Memadam Gambar yang ada di dalam Album Foto Google+

Salam sejahtera buat semua.

google_plusSaya tidak pasti berapa ramai rakan-rakan di sini yang mempunyai akaun Google+ (Google Plus) dan aktif menggunakannya. Kalau ada yang aktif, pastinya lebih arif dan tahu mengenai selok-belok Google+.

Buat pengguna Google+ yang juga merupakan seorang pengguna platform Blogger (Blogspot), sedarkah anda bahawa kedua-dua tersebut menggunakan Picasaweb sebagai tempat simpanan gambar (sebagai hosting)?

Mungkin selama ini pengguna Blogspot tidak ambil tahu dimanakah gambar-gambar yang dimuat naik ke Blogger untuk dimasukkan ke dalam entri itu disimpan. Sebenarnya, ianya disimpan di Picasaweb, sebuah servis simpanan gambar oleh Google. Cuba la login di sana untuk tinjau apa yang ada di situ.

Continue reading