Salam sejahtera buat semua.
Sebelum ini pihak KFC Malaysia telah menyiarkan satu pengumuman sebagai respon kepada penyebaran video ayam KFC tapak kasut. Tidak cukup dengan itu, satu lagi respon video daripada Mohammad Alwi, Pengarah Bahagian Operasi Restoran KFC Malaysia turut dibuat pada hari ini.
Dalam video tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas kejadian yang berlaku iaitu kejadian pekerja KFC merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan. Namun, tiada permohonan maaf secara terbuka yang dinyatakan padahal inilah yang diingini oleh para pelanggan KFC.
Video respon oleh Pengarah KFC Malaysia terbabit boleh ditonton dalam video di bawah.
Entah berapa ramai yang telah menonton video terbabit dan menyebarkannya kepada orang lain. Setiap orang yang telah menonton video tersebut pasti akan merasa jijik dengan perbuatan keji yang dilakukan oleh individu dalam video tersebut.
Pada saya, tidak cukup sekadar respon dalam bentuk pengumuman dan video yang dibuat oleh pihak KFC Malaysia. Orang yang memperlekehkan makanan, bermakna dia sedang mencari nahas. Bayangkan kalau identiti individu dalam video tersebut didedahkan? Apa yang akan terjadi pada dia agaknya?
Kalau masa kecil dulu, saya sangat gembira jika dapat makan di KFC. Maklumlah, bukan selalu dapat makan. Tapi dengan tersebarnya video jijik tersebut, walaupun hanya dilakukan oleh seorang individu sahaja, ianya telah merosakkan imej KFC Malaysia keseluruhannya. Dah tawar hati nak berkunjung ke KFC, apatah lagi untuk menikmati hidangan di sana.
Pada pendapat anda semua, apakah tindakan terbaik yang patut dilakukan oleh KFC Malaysia dalam menangani masalah ini? Kerosakan dah dibuat, cukup setakat ni usaha baikpulih?
beliamuda: Adakah anda berasa yakin untuk terus menikmati makanan di KFC selepas menonton video terbabit? Oh, ada satu lagi video jijik berkenaan KFC yang tersebar. Lagi pudar keinginan di hati.
erk…tol ke? confirm vid asli??
@cikgu suraya, vid mana yang tak konfem ni? vid yang ni atau vid ayam kfc tapak kasut tu?
KFC ni dah lama saya tak pergi..kadang2 je..tapi bila ada video yg mnjijikkan nie…rasa mual ar nak makan..mana tau tmpat lain pun terjadi gak..itu tidak mustahil… hurm..kena makan kedai mamak ar..bersih ag kot..hehe
Amir Izzat´s last blog about ..Siapakah Yang Paling Sesuai Untuk Kita Luahkan Perasaan?
@Amir Izzat, kedai mamak? rasa macam lebih kurang je. paling yakin apabila kita sendiri yang menyediakan masakan tersebut.
@beliamuda, kedai mamak? aku lagi pernah dengar cerita yang meloyakan anak tekak sampai sekrang.
serol´s last blog about ..Rahsia Penjual Air Jambu tepi jalan
@serol, betul. rasanya kedai mamak lagi la teruk berbanding dengan KFC.
bagus KFC ni, ada belajar strategic management. hahaha. 😀
Pisyek´s last blog about ..Amaran dari PETRONAS kepada pemegang biasiswa!
@Pisyek, erk, bagus ke buat macam ni? Huhu.