Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon Pengarah KFC Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Hidangan KFC Malaysia

Sebelum ini pihak KFC Malaysia telah menyiarkan satu pengumuman sebagai respon kepada penyebaran video ayam KFC tapak kasut. Tidak cukup dengan itu, satu lagi respon video daripada Mohammad Alwi, Pengarah Bahagian Operasi Restoran KFC Malaysia turut dibuat pada hari ini.

Dalam video tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas kejadian yang berlaku iaitu kejadian pekerja KFC merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan. Namun, tiada permohonan maaf secara terbuka yang dinyatakan padahal inilah yang diingini oleh para pelanggan KFC.

Video respon oleh Pengarah KFC Malaysia terbabit boleh ditonton dalam video di bawah.

Continue reading

Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon KFC Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Ayam KFC

Sekitar hari Jumaat yang lalu, heboh di kalangan blogger apabila satu video yang memaparkan pekerja KFC yang bertugas untuk menggoreng ayam telah menyapu ayam yang sedang disediakan sebelum digoreng ke bahagian tapak kasut yang dipakainya.

Video tersebut yang berdurasi 38 saat, dalam paparan yang tidak jelas berkemungkinan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh rakan pekerja KFC tersebut (berkemungkinan staf KFC juga).

Walaupun video ini sebenarnya telah diketahui oleh pihak KFC sejak hujung tahun lalu, namun baru minggu lepas ianya tersebar. Video tersebut telah disebarkan semula oleh individu yang tidak dikenali. Adakah individu tersebut berniat jahat atau sekadar berniat untuk memberitahu kepada orang lain?

Continue reading