Salam sejahtera buat semua.
Dalam entri Mumble less Monday #2, saya ada kongsikan petikan daripada lagu Kerana Terluka yang dinyanyikan oleh Nurul bersama-sama dengan sekeping gambar yang menggambarkan bait-bait rangkap yang dipetik tersebut.
Kali ini, saya kongikan lagu Kerana Terluka ini sebagai Melodi d’Hujung Minggu untuk didengar oleh rakan-rakan pembaca di luar sana. Mungkin lagu ini akan sebati dengan anda jika anda pernah atau sedang terluka. Semoga anda segera pulih daripada hati yang terluka.
Jom dengar lagu Kerana Terluka yang dinyanyikan oleh Nurul seperti yang ada di bawah.
Lagu Kerana Terluka (Nurul)
Lirik Lagu Kerana Terluka nyanyian Nurul
Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…
Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…
Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…
Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa
Ulang rangkap 3, 4 dan 5
*****
Tidak pernah terniat di hati ini untuk sengaja melukakan hatimu. Mungkin apa yang terpacul daripada mulutku ketika itu hanyalah natijah kemarahan yang semakin membuak.
Salah dirimu jua memaksa diriku tatkala aku meminta untuk diberi ruang bernafas seketika. Bukan ku bermaksud dirimu mengganggu, cuma aku hanya meminta secebis waktu untuk bersendirian.
Andainya kata-kata itu menghiris hatimu dan melukakan, maaflah atas apa yang telah kulakukan. Tidak terniat di hati ini untuk sebenar-benar melukakan, cuma sekadar tempias marahku. Maafkanlah.
7:30PM 11-JUN-2011
beliamuda: Sebenarnya ada tulisan lain yang ingin ditambah, namun mood tak sampai. =_=” Akhirnya, berjaya jua menambah nukilan yang dimaksudkan.