Semakan Keputusan Muet Pertengahan Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan tahun 2011 akan diumumkan pada 13 Jun, Isnin seperti yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Menurut MPM, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah dan institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

 

Cara Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

Calon juga boleh menyemak keputusan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363 mulai pukul 12.01 tengah malam 13 Jun 2011.

Calon MUET juga boleh melayari laman web MPM mulai pukul 9 pagi pada tarikh itu.

 

Rayuan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

 

Peperiksaan MUET Akhir Tahun 2011

Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET pada pertengahan tahun 2011 boleh mengambil semula ujian akhir tahun dengan mendaftar secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi Portal Sistem MPM. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 Julai 2011.

 

beliamuda: Sila jangan segan untuk kongsikan dengan rakan anda.

One thought on “Semakan Keputusan Muet Pertengahan Tahun 2011

  1. Tumpang tanya, bagi rayuan semakan keputusan muet, sekiranya keputusan kita selepas itu lebih rendah berbanding dengan yang sebelumnya, yang mana satu yang akan diambil kira?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge