Harga Minyak Petrol RON95 Bakal Disemak Semula Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Khabar angin tentang kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan bakal berlaku sekitar awal Jun nanti dilihat semakin hampir menjadi nyata. Perkara ini ditambah lagi dengan kenyataan terbaru daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri semalam, harga minyak RON95 berserta dengan beberapa lagi produk berasaskan petroleum yang lain (seperti LPG) akan disemak semula harganya berdasarkan pelan rasionalisasi subsidi oleh PEMANDU.

Semakan semula ini perlu dilakukan setiap enam bulan. Oleh kerana semakan terakhir dilakukan adalah pada Disember lalu yang menyaksikan kenaikan harga RON95 kepada RM1.90, semakan terbaru perlu dilakukan pada bulan Jun ini.

Kenaikan harga RON95 dilihat hampir pasti walaupun masih dinafikan dengan bayangan diberi pihak kerajaan sedang menanggung bebabn subsidi yang semakin berganda (daripada RM8 billion tahun lalu kepada RM18 billion tahun ini).

Beberapa pihak telah pun menyatakan bantahan secara terbuka agar kenaikan harga minyak RON95 tidak berlaku seperti yang disuarakan oleh Pemuda UMNO dan juga Menteri Pertahanan. Namun, sejauh manakah kesan bantahan ini nanti? Ada pihak berjenaka, perkara ini “bagaikan kucing larang kawan jangan makan ikan.”

 

beliamuda: Cukai dibayar kepada kerajaan adalah duit rakyat.

3 thoughts on “Harga Minyak Petrol RON95 Bakal Disemak Semula Jun 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge