Senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia 2011

Salam sejahtera buat semua.

duit kaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2011 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM45.78b
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM12.74b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.89b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b
  10. Ong Beng Seng (HPL) RM3.98b

Apabila membandingkan senarai orang yang terkaya di Malaysia tahun lalu, tidak terdapat banyak perubahan kedudukan kecuali pertukaran di tempat ketiga, keempat dan ke-10.

Terdapat peningkatan dalam kesemua jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh setiap individu di atas dan peningkatan paling ketara adalah pada aset Tan Sri T. Ananda Krishnan (2010 – RM27b) disebabkan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Tempat ke-11 dan 12 masing-masing diikuti oleh Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Berita dipetik daripada BERNAMA

beliamuda: Tak pernah dengar pun nama Ong Bee Seng (Ong Beng Seng rupa-rupanya) tu. Ada maklumat untuk dikongsi bersama?

22 thoughts on “Senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia 2011

  1. orang non malay kebanyakannya akan berjaya kat dunia sebab tempat tinggalnya yg sebenar kat neraka…fair apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge