Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010

Salam sejahtera buat semua.

duit kaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. 😀 [2] Info dipetik daripada dua sumber; Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.

Senarai Orang Terkaya Malaysia

34 thoughts on “Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010

  1. aku keje tukar minyak itam sampai tua sampai mampus pun x dpt duit banyak tu mcm dia orang…aduh nasib2.kaya2 pun duit x blh masuk dlm kubur..hanya kain putih je..brape sen sangat semeter..itulah kekayaan sebenar…

  2. Pingback: Senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia 2011 | beliamuda {dot} com

  3. salam kpd sesiapa shj yg budiman n dermawan, kami ni sgt memerlukan bantuaan kewangan klhususnya utk pendidikan. kiranya ada sapa2 yg berminat n ikhlas utk membantu maka silalah emel ke ismaz92@yahoo.com. yakinlah bahawa kami ni benar2 sgt memerlukan bantuan n maafkan kami krn nyusahkan.

  4. kalau korang nak bumi putra ada dalam topten tu korang bantu la sy support bengkel sy.sy ada buka bengkel cat kereta n rekaan dalaman kereta.kot2 korang leh bagi sub untuk cat ke tolong ek..ni no sy (dibuang atas nasihat keselamatan oleh pihak berkuasa)

  5. di mana senarai nama lagi 20 org terkaya di malaysia,setakat ni saya hanya melihat 20 sahaja senarai nama?

    • @nely izah, Senarai penuh tidak dibenarkan penyiaran atas sebab hak cipta yang dimiliki oleh Malaysian Business. Mohon beli majalah tersebut untuk tahu senarai penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge