Salam sejahtera buat semua.
Comel tak gambar kucing ni? Comel kan? Hihi. Gambar ni saya bedal dari sini. Serius comel bila tengok gambar kucing ni + teringat kat seekor kucing yang entah kenapa suka sangat ikut saya kalau kucing tu nampak saya. Ok, baru dua kali… 🙂
Kali pertama seekor kucing yang hampir serupa dengan kucing dalam gambar di atas datang bermanja dengan saya di kafetaria V5, UTP semasa sedang melantak Alabama Chicken buat kali pertama (mungkin sebelum tu kucing ni dah pernah bermanja… err, tak ingat).
Semalam, dalam perjalanan balik daripada kafetaria V5 yang baru suam-suam suku gelapnya, terserempak sekali lagi dengan kucing ni. Muka kucing tu kesian je, tengok macam nak minta makanan. Lapar la tu…
Sekali kucing tu ikut la pulak. Ingat kucing comel tu nak ikut sampai saya keluar daripada kafe V5 je, sekali dia ikut sampai ke blok V5B. Dalam hati saya masa tu, “kucing ni takkan ikut punya la,” sebab kejap dia tertinggal kat belakang, tapi pastu dia lari-lari ke depan pulak.
Akhirnya, kucing yang comel ni berputus asa setelah saya tiba di tangga blok. Saya sebut lagi dalam hati, “jangan la kau ikut aku naik, nanti ko tak dapat makanan langsung”. Dah la saya nak kena panjat sampai tingkat lima. Nasib baik kucing tu tak ikut naik dan terpinga-pinga di tangga tu je…
beliamuda: Apa motif entri ni? Nak cakap kucing tu comel je + terjumpa gambar kucing comel ni + kucing comel ni jadi avatar kat gtalk. Sekian.
apsal tak amik gambar kucing tu? nak gak tgk…huhu 🙂
@boneka, hehe. masa tu malam. nak amik gambar pun tak tergerak hati masa tu.
Pingback: Tweets that mention Kucing Comel yang Suka Ikut Orang | beliamuda {dot} com -- Topsy.com