ADUN Kerdau Meninggal Dunia

Salam sejahtera buat semua.

ADUN Kerdau

Lewat petang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 menyusul

Kematian ADUN Kerdau bakal menyaksikan PRK ke-16 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRK yang pertama di Pahang. SPR mesti mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari.

Pada masa ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 (Maklumat PRK Merlimau) bagi kerusi DUN Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Info PRK DUN Kerdau

Datuk Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Rujuk gambar di atas.

Berita disunting dari Malaysiakini

beliamuda: Sejak PRU 2008, 12 wakil rakyat meniggal dunia, tiga orang melepaskan kerusi masing-masing, dan seorang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

5 thoughts on “ADUN Kerdau Meninggal Dunia

  1. Pingback: Tweets that mention ADUN Kerdau Meninggal Dunia | beliamuda {dot} com -- Topsy.com

  2. Pingback: Info Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau (N28) | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau (N28) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge