Salam sejahtera buat semua.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau (N28) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011
Fakta Berkaitan DUN Kerdau
- Pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.
- Pilihan raya kecil pertama di Pahang.
- Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
- SPR melantik 242 petugas untuk mengendalikan pilihan raya kecil ini.
Demografi Pengundi DUN Kerdau
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
- 8,999 pemilih berdaftar.
- 8,984 pengundi biasa.
- 15 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
- Melayu 89%
- Cina 5.6%
- India 3.6%
- Lain-lain 1.8%
Sumber: MalaysiaKini
beliamuda: Dua PRK akan berjalan serentak pada 6 Mac ini jika ada pertandingan… Dapatkan maklumat DUN Merlimau.
ada tempat namanya Kerdau.hehe belajar kajian tempatan
Pingback: Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau (N28) | beliamuda {dot} com