Salam sejahtera buat semua.
Pernah anda terlihat percikan cas elektrik yang keluar daripada sambungan wayar secara live depan mata? Kalau pernah, apa perasaan anda semasa melihat percikan tersebut? Kagumkah?
Semalam, saya telah dapat melihat percikan cas eletrik yang keluar daripada wayar suis sambungan, secara tiba-tiba. Masa tu, saya gerakkan suis sambungan ini sedikit dan tiba-tiba sahaja percikan cas elektrik mengalir keluar daripada wayar yang terbengkok sedikit.
Terkejut juga. Ingatkan percikan tu keluar sebab lebihan arus. Saya tengok dulu keadaan sekeliling (suis di dinding dan peralatan elektrik yang bersambung) sebelum percikan menjadi lebih galak lagi. Siap ada bunyi lagi. Kagum bertukar menjadi terkesima. Masa ni henpon, kipas angin dan laptop terpasang pada suis sambungan tu.
Percikan elektrik yang makin galak tadi tiba-tiba sahaja menyebabkan plastik pembalut bahagian luar wayar tersebut menyala dan terbakar. Ah sudah, saya menjadi panik!
Nasib baik tiada benda mudah terbakar berada dekat dengan percikan cas tadi. Terus sahaja saya tutup suis di dinding dan mencabut semua sambungan elektrik yang dipasang pada suis sambungan ni. Nyalaan tadi padam, namun satu bilik dah bau hangit.
Saya ingatkan fius pada sambungan wayar ni akan lebur dan memutuskan litar, tapi tak lebur pun. Nasib baik tiada kesan kepada sistem elektrik rumah dan pada peralatan elektrik yang bersambung dengan suis sambungan ni.
Entah macam mana penebat kat dalam tu boleh lebur sampai percikan cas boleh keluar dan menyalakan bahagian penebat paling luar. Nasib baik berlaku depan mata. Kalau berlaku semasa tiada siapa melihat, agaknya apakah yang akan terjadi?
Kesimpulannya, carilah peralatan elektrik yang betul-betul berkualiti. Tapi suis sambungan tu macam ada pengesahan Suruhanjaya Tenaga je…
beliamuda: Masa ni keputusan Anugerah Skrin 2010 sedang diumumkan di TV3. Semuanya berlaku dengan pantas. Tak sampai seminit pun.
fuhh.. bahye tu..
kalo boleh jgn byk pkai extension sgt.. bahye..
Meuz´s last blog about ..Perihal Awek Cun Di Dalam Kelas
@Meuz, tulah,cukup 2 ext sudah..
Bahaya tu…. Mama pernah terkena cam tu berbelas tahun sudah. Masa tu sedang menggosok pakaian. Wayar seterika ada sikit koyak. Tiba2 kuar api, asap dan api terus menyala kat wayar tu. Kalu tak perasan habis laaaa…………….arwah kut. Sib bek berlaku semasa sedang menggosok, terkejut, melompat terus offkan switch dan padamkan api. Walau api biru kecil, it was really scary.
mamawana´s last blog about ..FEEL FREE TO FLY CONTEST – BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
setakat ni belum pernah nampak live lagi..
hehe.. 2 atau tiga bulan yg lps adpter kwn wat bunga api kat dom.. satu dom panik..