Salam sejahtera buat semua.
Malam ini, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertemuan yang dinantikan antara Malaysia dengan Indonesia bagi pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 (Final 1) akan berlangsung bermula jam 8 malam.
Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat sebelum perlawanan Final 1 Piala Suzuki AFF 2010: Malaysia vs Indonesia ini bermula. Timbulnya masalah dengan penjualan tiket yang dikatakan terdapat kebocoran dalam kouta jualan tiket untuk penyokong Malaysia dan Indonesia. Kalau betul ada kebocoran, pasti lebih parah malam nanti. Semoga tiada insiden buruk yang berlaku pada pertemuan malam nanti.
Jangkaan Gol (Keputusan Perlawanan Final 1 Piala Suzuki AFF 2010)
Saya telah mengutarakan soalan berkenaan jangkaan gol pada perlawanan Malaysia vs Indonesia malam ini di Facebook. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan respon dan tanda sokongan buat pasukan Harimau Malaya.
Berikut adalah respon daripada rakan-rakan yang saya salin bulat-bulat:
Airif Mar Mohdzaki: 5-1…Malaysia 5
A-j Di Mana-Mana: salam 4-0..safee hatrik..norsharul sebijik..
Wani Smalat: 2-0 rasanye and yakin sangat…
Mohammad Rezza: 2-0
Ct Aminah Mohamad: 0-0
محمد شهرول ادزهار: insyaallah..
malaysia-1
indonesia-0
Pencinta Teknologi Hijau: 1-0
Daus TheVirus: Malaysia 2-1 Indonesia
Megat Amar Shah Jr: 2-0..
Malaysia b0leh..!
Syazali Syazwan: kelantan tnb (haha, apa kes ni?)
@Muhd Azri: Spek 3-1
Hanis Hazwani: 2-1
Zuliana Mustafah: 1-0 kot…
Raja Nabilah: Malaysia 3,Indonesia 2.
Izzat Halid: 2-0 sudah..kat indon draw 0-0..tapi indon pawang kuat..bhya jgk…
Murad Mahmood: mgkin malay 10, Indon 0.. (pedas sikit ni.. 😛)
Huzaifah Harun: 2-0
…dan saya paling suka dengan jawapan yang ini!
Abu Raihan: yang ini 100% tepat. dua gol. satu belah sana satu belah sini.
beliamuda: Doakan kejayaan Malaysia dalam Final 1 Piala Suzuki AFF 2010 pada malam ini! Saksikan di Final Suzuki AFF 2010 di kaca TV bagi yang tidak turun ke Stadium.
malaysia main dengan cemerlang.berbekalkan doa rakyat malaysia dan usaha yg gigih disamping mentaliti yg kuat.MALAYSIA BOLEH! malaysia menang bukan disebabkan laser tetapi mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.jika mahu mengungkit pasal laser dh lama malaysia mengadu pasal laser ketika kekalahan 5-1 ditangan team indonesia.MALAYSIA BOLEH!