Final Piala Suzuki AFF 2010: Malaysia vs Indonesia

Salam sejahtera buat semua.

Final Piala Suzuki AFF 2010

Malam ini, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertemuan yang dinantikan antara Malaysia dengan Indonesia bagi pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 (Final 1) akan berlangsung bermula jam 8 malam.

Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat sebelum perlawanan Final 1 Piala Suzuki AFF 2010: Malaysia vs Indonesia ini bermula. Timbulnya masalah dengan penjualan tiket yang dikatakan terdapat kebocoran dalam kouta jualan tiket untuk penyokong Malaysia dan Indonesia. Kalau betul ada kebocoran, pasti lebih parah malam nanti. Semoga tiada insiden buruk yang berlaku pada pertemuan malam nanti.