Salam sejahtera buat semua.
Petang semalam, saya dan keluarga menuju ke Alor Setar. Destinasi yang dirancang hanya satu iaitu untuk menjejakkan kaki ke Pekan Rabu.
Mama yang paling berkeinginan untuk ke sana. Katanya, 20 tahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia ke sini iaitu semasa dia berpraktikal di sebuah sekolah di Pulau Nyior, Jitra.
Terus dari Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, sejam perjalanan ditempuh sebelum sampai ke tol Alor Setar. Dengan bantuan GPS, sampai juga di Pekan Rabu. Ramai sangat orang. Nasib baik dapat parkir kereta.
Semasa saya mengambil gambar di Pekan Rabu, saya berseorangan kerana terpisah dengan keluarga. Pusing je la setiap tingkat kedai yang ada di Pekan Rabu tu. Suasana di sini yang lebih kurang sama dengan Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.
beliamuda: Tak sempat nak bilang berapa tingkat bangunan Pekan Rabu yang juga dikenali sebagai ‘Wednesday Market’ ni…
sedangan saya yang duk kat UUM pun xsempat sampai lagi kat Pekan Rabu tu.. lalu je selalu lah. (Memang xsuka outing) :p
ikin´s last blog about ..Muslim 24 Jam