Salam sejahtera buat semua.
Dari USM Transkrian terus menuju ke Kepala Batas. Perancangan awal nak ke Alor Setar terus, tapi bilik hotel kat sana dah penuh. Jadi terpaksalah menginap di tempat lain.
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas terletak di Pusat Perniagaan Dato’ Kailan, Kepala Batas. Sekitar kawasan ini kelihatan agak baru dengan beberapa buah bangunan yang masih dalam pembinaan dan telah siap seperti bangunan Hospital Kepala Batas dan Balai Bomba Kepala Batas.
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas kelihatan agak berbeza dengan rangkaian Hotel Seri Malaysia yang lain kerana suasana yang lebih ekslusif, tapi sayang tak ada sambungan wifi seperti di Hotel Seri Malaysia Kulim. Sambungan wifi hanya dapat digunakan di ruang lobi hotel.
beliamuda: Betul-betul kat depan hotel ni adalah hentian bas dan teksi. Nampak je pantulan bangunan kat depan tu pada cermin kaca pintu masuk Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.
Pingback: Berjalan-jalan di Pekan Rabu, Alor Setar | beliamuda {dot} com