Salam sejahtera buat semua.
Terkejut dengan bil air sebanyak RM335.50? Tidak bagi kami yang menerima bil air tersebut. Kami telah menjangkakan yang bil air pada bulan ini akan mencecah nilai melebihi RM300.
Beberapa bulan kebelakangan ini, bil air telah pun melebihi paras tiga digit. Jika sebelum kembali pulang untuk Hari Raya Puasa tempoh hari bil air hanya sekitar RM30 sahaja, selepas itu bil air terus melambung melepasi nilai RM100.
Pada mulanya kami anggap perkara ini sebagai biasa. Namun setelah bulan seterusnya pun masih sama, barulah kami sedar adanya air bertakung pada laluan paip air utama. Sah, ada kebocoran di situ.
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki kebocoran yang telah dikesan. Kesan tanah dikorek turut ditinggalkan tanpa dikambus semula. Kelihatan air masih bertakung. Semua fikir itu biasa, mungkin takungan air hujan.
Namun, setelah bil air masih lagi melambung tinggi, kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi, semua penghuni rumah masih lagi mengabaikan bil air yang lebih kurang sama dengan bulan sebulannya.
Di suatu malam minggu selepas menghantar kawan serumah yang mahu pulang ke kampung untuk Hari Raya Korban, saya telah ditegur oleh auntie jiran sebelah rumah. Dia menunjukkan adanya air mengalir masuk ke dalam longkang rumahnya melalui lubang yang berada dekat dengan saluran paip utama.
Barulah saya sedar yang di bahagian bawah simen rumah, ada satu lagi kebocoran. Kebocoran yang lebih besar dan lebih sukar untuk dibaik pulih. Simen perlu dipecahkan untuk melihat seteruk mana kebocoran paip tersebut.
Sebagai langkah mengurangkan pembaziran, kami terpaksa mengawal kunci paip air utama. Namun, tanpa kewujudan tangki air di rumah sewa kami, tindakan menutup kunci paip air utama adalah sangat menyukarkan.
Keadaan semakin parah apabila kebocoran yang terjadi semakin teruk sehingga wujudnya kolam air yang lebih besar daripada sebelum ini. Setelah desakan diberikan kepada tuan rumah supaya segera membaikinya, barulah masalah air di rumah kami selesai. Itupun setelah pelbagai kesusahan dan kepayahan yang perlu kami lalui.
Orang kata, melalui pengalaman sukar macam ni la baru kita belajar untuk mengurus kehidupan kita sendiri… Pengajarannya; bila ada sesuatu yang tidak kena pada bil air atau bil utiliti lain, siasat segera; kalau dah tahu paip air bocor, baiki dengan segera, nanti nak jalankan rutin harian pun susah; dan jimatkan penggunaan air. ^_^v
beliamuda: Layan OST Hani malam ni ya…
demit nyer tuan rumah..nk aku maki2 baru nk btol kn..suro byr bil xnk..demit2…
Pingback: Pusingan Pantas Meter Air | beliamuda {dot} com