Tarikh PRK Tenang Bakal Diumumkan

Salam sejahtera buat semua.

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pusingan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang ke-14. PRK-14 ini adalah berikutan dengan kematian ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya.

Kematian ADUN Tenang

Datuk Sulaiman Taha meninggalkan seorang isteri Datin Noraini Yaakop, 6 orang anak perempuan dan seorang lelaki.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Demografi DUN Tenang

Info DUN Tenang

beliamuda: Disunting daripada Malaysiakini.

One thought on “Tarikh PRK Tenang Bakal Diumumkan

  1. Pingback: Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge