Mesej Kepada Mohd Khairuddin (Tersurat)

Salam sejahtera buat semua.

Video ketiga Mama Mohd Khairuddin telah disiarkan. Dengan tersiarnya video ketiga ni, ada satu persamaan dapat dikesan dalam video ini.

Sebelum itu, anda disarankan untuk menonton terlebih dahulu kedua-dua video terawal oleh Mama Mohd Khairuddin.

Video Pertama Mama Mohd Khairuddin

Video Kedua Mama Mohd Khairuddin

Video ketiga ini disiarkan dengan tajuk “A Message for Mohd Khairuddin”. Dalam ketiga-tiga video ini, ada satu mesej yang disampaikan secara pesanan oleh Mama kepada Mohd Khairuddin. Anda tahu apakah mesej itu? Tonton dahulu video ketiga ini dibawah.

Seperti yang diperkatakan dalam ulasan di video kedua, video ini pastinya satu promosi komersil (atau mungkin kempen kesedaran). Dalam ketiga-tiga video, Mama Mohd Khairuddin ada menyebut tentang perbelanjaan.

Mama ada memberi pesan supaya Mohd Khairuddin lebih berjimat dalam berbelanja kerana itu adalah salah satu kelemahannya (rujuk video kedua).

Jadi, saya jangkakan ini adalah video berkenaan kempen menabung atau yang berkaitan dengan kesedaran dalam berjimat cermat yang ditujukan khas kepada para remaja dan belia. Anda rasa bagaimana?

beliamuda: Tak sabar nak tunggu video keempat. Mungkin mesej sebenar akan terpapar dalam video seterusnya.

22 thoughts on “Mesej Kepada Mohd Khairuddin (Tersurat)

  1. sya berpendapat yang makcik ini mumpunyai semacam tekanan gitu..anda boleh dapati dengan merenung tepat pada mata dan juga memerhati tingkahlakunya yg menjengkelkan itu.Mungkin juga ngan cara begini beliau bole mningkatkan lagi populariti beliau sehingga ke kaca tv….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge