Universiti Terbaik dan Cemerlang di Malaysia 2009

Salam sejahtera buat semua.

Universiti Cemerlang

Hari ini, tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 11 daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dianugerahkan dengan pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009

Penganugerahan itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Berikut adalah senarai IPTA yang mendapat pengiktarafan cemerlang:

  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknolog Mara (UiTM)

IPT swasta yang terpilih sebagai cemerlang pula ialah:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Sunway Universiti Kolej
  • Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Monash Universiti Kampus Sunway
  • Taylor’s Universiti Kolej
  • International Medical University (IMU)
  • Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Universiti Nottingham Kampus Malaysia
  • Management and Science Universiti (MSU)

Selain daripada penafaran cemerlang, sebanyak 25 universiti dan kolej (14 swasta dan 11 awam ) mencapai tahap sangat baik selain empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik.

Namun, masih belum ada IPTA mahupun IPTS di Malaysia yang mencapai tahap terbilang.

Maklumat penuh penarafan Universiti dan Kolej Universiti untuk SETARA 2009 boleh didapati di portal SETARA MQA.

beliamuda: Saya bangga menjadi pelajar UTP. Adakah anda bangga menjadi pelajar universiti atau kolej anda?

75 thoughts on “Universiti Terbaik dan Cemerlang di Malaysia 2009

  1. Salam..

    Saya bangga jadi warga UTP, juga bangga jadi pelajar UiTM. Lima tahun menyaksikan perkembangan UTP, tetapi lebih sayangkan UiTM tempat jatuh bangun bersama teman-teman.

    UiTM di Hatiku.

  2. kenapa university lim kok wing,unisel,unitar,uniten dan universiti lain x terpilih?macam buyers aje!Kenapa dan mengapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge