Salam sejahtera buat semua.
Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-
Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia
Jika anda suka mengembara dan bermimpi untuk menikmatinya, sertai MAS sebagai Pegawai Penerbangan atau Pramugara & Pramugari. Kami menawarkan pakej gaji yang menarik dengan faedah, faedah kesihatan dan lain-lain.
Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
- Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
- Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
- Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
- Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-
KAWASAN | TEMPAT | TARIKH | KATEGORI |
KUALA LUMPUR | Malaysia Airlines Academy No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor |
31 Julai 2010 (Sabtu) | Pramugari |
1 Ogos 2010 (Ahad) | Pramugara |
Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).
Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.
Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.
Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.
bile lg ade interview lps ni?
@iera, tak pasti la bila. tunggu kuar iklan lagi la…
Pingback: Temuduga Krew Kabin MAS (Mac 2010) | beliamuda {dot} com
nak mohon ticketingla.. pena pratitikal kat reliance ampang point n tau la sikit sistem dia..
salam sejahtera,
saya eyla dari kuantan pahang,lepasan spm.
saya amat berminat untuk menjadi salah seorang daripada krew kabin MAS. saya ingin mengetahui maklumat yang tepat bagaimana untuk saya mulakan langkah saya untuk menjadi salah seorang daripada krew kabin MAS. Adakah saya perlu mengisi apa-apa borang permohonan, di mana saya boleh dapatkannya, samaada melalui online atau terus pergi ke tempat temuduga.
saya akan berusaha untuk mencapai impian saya. saya cuma memerlukan satu langkah pertama yang tepat dan saya akan berusaha untuk langkah yang seterusnya.
saya amat berharap untuk maklum balas, terima kasih.
saya teringin nk jadi PRAMUGARA…teringin sgt2…tp bila bkak web psl pramugara ja..mcm2 yg pelik2 naik..aiyaaa..nk isi borang cm na law cam tu..saya dari KEDAH… :))
Ahmad Nazrin´s last blog about ..Proses Pengesahan Blog untuk Empire Avenue EAv
@Ahmad Nazrin, tak perlu isi borang rasanya. pergi je terus ke walk-in interview.
salam sejahtera, sy amat berminat untuk menyertai mas. sekarang sy bekerja dalam bidang f & b sebagai supervisor. keputusan english spm adalah 8e. berdasarkan pengalaman keja. layak kah sy memohon sebagai cabin crew mas.
harap en dapat memberi perhatian
terima kasih
@naz, Saya tidak dapat menjawab persoalan anda kerana saya tidak tahu apakah pengalaman kerja itu memberi kelebihan atau tidak. Namun, keputusan bahasa Inggeris 8E mungkin sedikit membantutkan usaha anda.
interview mas cabin crew for 2012 dah xde ke ??…aduhhh,,nak sangat jadi mas punya steward…
Ada tu, cuma tak disiarkan kat sini je…