Tarikh Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dibuka pada 3 Julai 2010 sehingga 16 Julai 2010. Saudara adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan secara atas talian (on-line) sekiranya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman saudara, permohonan bagi program ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) iaitu MMU (Universiti Multimedia), UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) sahaja.

Syarat-syarat permohonan biasiswa tahun 2010 ini hendaklah dirujuk kepada iklan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan ini di akhbar-akhbar utama tempatan kelak.

Dipetik daripada eSila JPA.

beliamuda: Seperti yang telah dijangkakan, permohonan PIDN akan dibuka mulai esok. Maklumat penuh akan dimasukkan esok.

39 thoughts on “Tarikh Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2010/2011

  1. salam…saya student uia tahun ke 3…skrg ni kn u semua tgh cuti kn…
    saya ni penerima biasiswa jpa…nk tanye, bile ye duit biasiswa jpa nk masuk bg sesi 2011/2012…sebab fakulti sy x cui 4 bulan…2bulan je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge