Semakan Keputusan Muet Pertengahan Tahun 2010

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan tahun 2010 akan diumumkan pada hari ini.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah dan institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Cara Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010

Calon juga boleh menyemak keputusan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai pukul 12.01 tengah malam 8 Julai.

Calon MUET juga boleh melayari laman web MPM mulai pukul 9 pagi pada tarikh itu.

Seramai 81,731 calon telah menduduki ujian itu di 872 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET pada pertengahan tahun 2010 boleh mengambil semula ujian akhir tahun dengan mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 22 Julai ini.

Dipetik dan disunting daripada Bernama.

14 thoughts on “Semakan Keputusan Muet Pertengahan Tahun 2010

  1. ape daa… SMS takleyh guna.. “unmatched code” website takleh masuk.. aku bngn kul 5 pagy un tak leyh masuk gak… perkhdimatan yg sgt teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge