Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2/2010

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi kedua untuk tahun 2010 telah pun dibuka semula. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan di laman web eSILA JPA.

Petikan di bawah dipetik daripada Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara.

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

Jenis-Jenis Pinjaman

  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang-bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal, bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti berikut :

Bidang–bidang Kritikal

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Farmasi
  4. Veterinar

Bidang-bidang Keutamaan

  1. Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
  2. Kejuruteraan (tidak termasuk Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
  3. Senibina / RIBA Part II
  4. Perakaunan / ACCA

Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas) seperti:-

  1. Undang-undang
  2. Ekonomi
  3. Kewangan/Perbankan/Pemasaran/ Perniagaan Antarabangsa
  4. Perhubungan Antarabangsa
  5. Komunikasi

Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat-syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat
  3. Belum mempunyai Ijazah Pertama
  4. Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan;
  5. Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tungkan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan
  6. Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan
  7. Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan
  8. Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 2/2010.
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  • Tempoh memproses permohonan ialah selama 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA adalah 30 Julai 2010.

Maklumat

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja sila rujuk Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010 untuk maklumat yang lebih terperinci.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara boleh dibuat dengan menghubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Tel :03-8885 3436 / 3892
Faks :03-8889 2170
E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

beliamuda: Sila rujuk garis panduan yang disediakan JPA terlebih dahulu sebelum mengutarakan persoalan. Terima kasih.

One thought on “Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2/2010

  1. Pingback: Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2010 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge