(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Official Video

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Sekitar lima bulan yang lalu, saya ada memasukkan sebuah klip video lagu Tak Mungkin Berpaling yang telah dinyanyikan semula Mawi dan Zamani. Lagu tersebut dimasukkan atas permintaan seseorang.

Yang lawaknya dalam video itu adalah klip disiarkan adalah animasi yang langsung tidak berkaitan dengan lagu tersebut (mungkin ada la sikit-sikit kot).

Baru-baru ini saya perasan yang klip video muzik rasmi lagu Tak Mungkin Berpaling ini telah dikeluarkan dan disiarkan di Astro. Di bawah adalah video muzik lagu Tak Mungkin Berpaling, oleh Mawi ft Zamani.

Video Muzik Rasmi Tak Mungkin Berpaling (Mawi ft Zamani)

Apa yang korang perasan dalam video di atas? Perasan tak yang Zamani ni cam pelik sikit dalam klip video ni. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi suara maintain best~

Muzik video di atas mengisahkan tentang seorang wanita yang merupakan seorang polis telah menyamar dan menyertai dua orang penjenayah. Penjenayah tersebut (Mawi dan Zamani) baru sahaja selesai merompak sebelum diberi ubat tidur dalam minuman mereka.

Pada awalnya, saya sangkakan mereka betul-betul terselamat daripada sekatan polis di jalan raya, tapi rupanya dibawa terus ke balai polis. Apapun, dah tak mungkin berpaling semula. Masuk sahajalah penjara.

Untuk lirik lagu Tak Mungkin Berpaling, sila klik di mana-mana yang patut.

beliamuda: Artis wanita dalam video tu nama apa ya?

6 thoughts on “(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Official Video

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge