Salam sejahtera buat semua.
Pada bulan Februari lalu, Malaysian Business ada mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia [Malaysia’s 40 richest people]. Kali ini, Forbes Asia pula yang mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia.
Terdapat perubahan dalam kedudukan 10 teratas kecuali kedudukan pertama, kedua dan ketiga yang masih lagi dikuasai oleh Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Lee Shin Cheng.
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Forbes Asia dengan anggaran kekayaan masing-masing:
- Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM39.52b
- Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM26.68b
- Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM15.15b
- Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM12.84b
- Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM12.68b
- Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.51b
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay (YTL Group) RM8.23b
- Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM5.59b
- Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM5.27b
- Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.95b
40 individu Malaysia memiliki kekayaan bernilai AS$51 bilion (RM167.9 bilion) iaitu peningkatan sebanyak AS$$36 billion (RM118.58 bilion) berbanding tahun lalu dan AS$46 bilion (RM151.52 bilion) yang direkodkan pada tahun 2008.
Menurut senarai individu terkaya Malaysia oleh Forbes Asia, kombinasi kekayaan individu berkenaan telah meningkat sebanyak 42 peratus bersandarkan kepada penjanaan daripada perkembangan ekonomi yang semakin baik.
Peningkatan keseluruhan itu adalah sejajar dengan peningkatan sebanyak 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika sebanyak 11 peratus sejak 12 bulan lalu.
–Kosmo
beliamuda: Senarai penuh 40 Individu Terkaya di Malaysia boleh didapati dalam Forbes Asia keluaran Jun 2010. Boleh juga baca di BERNAMA. Tan Sri Robert Kuok telah menerajui senarai sejak tahun 2006.
teringin nak masuk list gak..