Nota Malam: (Bab 4) Tercipta Sebuah Kenangan Dalam Memori Indah

Salam sejahtera buat semua.

Blok Bahagia MRSM PC

[Lagu tema: Amuk – Matahari]

Kali kedua saya ditag dalam video di Facebook baru-baru ni. Sebelum ni dah pernah ditag sekali, tapi tak boleh tengok pun sebab line Internet di UTP tidak membenarkan pelajar membuka laman streaming. Lagipun kena tag pada video yang langsung tiada kaitan.

Namun tag dalam video yang kedua ini nyata berbeza dan membawa kembali semula ingatan beberapa tahun lepas. Ingatan kepada sebuah memori yang pelbagai yang telah dirangkai bersama teman-teman seperjuangan di MRSM PC.

Walaupun saya tiada dalam video itu (video pelajar-pelajar “terpilih” je), namun ia menggamit seribu satu perasaan. Video yang berlatar belakangkan keadaan di asrama yang sebenar-benarnya dan juga muzik latar yang sangat menyentuh perasaan.

Kami antara batch terakhir yang menerima asrama dalam keadaan yang sangat daif. Paling teruk adalah keadaan tandas yang logik akalnya sudah tidak sesuai untuk digunakan oleh pelajar lagi. Pelbagai serangga kecil dan lipan terutamanya mula mengisi ruangan rekahan batu dan lantai yang hancur teruk. Hampir semua bilik begini.

Saya sendiri dua kali pernah terpegang lipan yang menyelinap masuk ke dalam baldi pakaian yang hendak dibasuh. Sungguh ngeri rasanya. Tapi itulah contoh senario yang kami cuba terima seadanya.

Setahun selepas kami keluar daripada MRSM PC, keadaan asrama bertambah baik. Tandas telah dibaiki sepenuhnya dan kali ini ianya nyata lebih indah dan menarik. Jeles juga rasanya apabila memikirkan semula kedaifan yang terpaksa kami lalui berbanding dengan apa yang dinikmati pelajar sekarang.

Ini cuma sedikit daripada sekelumit kenangan lama di sana. Keinginan untuk kembali semula ke sana, mengimbau semula apa yang telah dilalui sentiasa tersemat di hati. Tersenyum mengingati semula kenangan lama, namun terasa berair juga di tubir mata.

beliamuda: Lagi dua minggu sebelum bermula final examination untuk sem Jan 2010. Sem ni la rasanya paling memenatkan + minggu ni yang agak sibuk.

2 thoughts on “Nota Malam: (Bab 4) Tercipta Sebuah Kenangan Dalam Memori Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge