Salam sejahtera buat semua.
[Lagu tema: Saleem – Tinggal Kenangan]
Kalau semalam hiruk-pikuk jadinya sebab bising, malam latarnya lebih sunyi. Sebenarnya semalam banyak sangat kereta dengan motor yang lalu-lalang di jalan kat depan rumah ni.
Aku fikir, hari ini sunyi sebab tadi siang, banyak sangat aktiviti yang dilakukan manusia. Hari ini sahaja tiga tempat ada kenduri nikah kahwin.
Kat sebelah rumah ni ada satu. Kahwin juga anak gadis jiran sebelah yang cun ni. Tinggal adik gadisnya yang seorang tu je la. Jauh lebih muda daripada aku ok.
Ops, malam ni bukan malam untuk menggatal. Semua orang letih bekerja sepanjang hari. Kata orang Kelantan, mendapat tugasan “jong kako” ni sangat meletihkan. “Jong kako” ni sama la dengan AJK. Yang bertanggungjawab buat kerja-kerja kenduri. Daripada memasak sampailah kepada membasuh pinggan. Letih woo.
Rasa lapang di hati tengok semua kerja kenduri ni masih dilakukan secara gotong-royong. Anak muda dan golongan berumur, semua saling tolong-menolong. Bila tiba giliran aku nanti, masih macam ni kah?
Yang paling best dalam proses kenduri ni, suasan bising dan hingar-bingar. Yang ni sibuk duk tanya pasal makanan cukup ke tak. Yang ni duk sibuk jalan sana-sini memantau. Yang di dapur pulak dengan karenahnya. Sungguh hidup suasana macam ni.
Sungguh aku merindui suasana macam ni yang lebih dekat semasa aku masih anak sekolah yang kecil. Kini semua tinggal dalam memori. Malam ni nak tidur bermimpikan suasana macam ni lah. Bukan mimpi basah ok!
—
beliamuda: “yg memerhati” tu kasi la komen sikit eh. ^_^
time kenduri kawin la..aku plg sibuk nt..huhu..lepak
.-= aizuddin´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.
kenapa ada kenduri masa weekdays?
ke ini kenangan kamu suatu masa dulu
.-= mokteh´s last blog ..Hujung Minggu yang Adventure =-.
@mokteh, kenduri masa weekdays sesuatu yang biasa di Kelantan.
ohoh~ memang hidup. tapi masa kecik2 dulu tasuke pegi kenduri. bingit telinga dengar bungi kompang. 😛
.-= ikin´s last blog ..secebis kata jiwa (semoga menyuntik iman untuk gagah dari tergugah!) =-.
“Bila tiba giliran aku nanti, masih macam ni kah?”<–nak kawen da kew??
.-= Wan Pai´s last blog ..Optimistic or Giving Up?? =-.
@Wan Pai, yup, nak kawen la. tapi lambat lagi kot. haha~
zaman cepat berubah bro. dulu masa kenduri buat gotong royong tapi skang pakai catering. dulu bagi bunga telur skang bagi kek lapis dengan gula2. dulu kahwin konsep ala kampung tapi skang macam2 konsep. dalam taman la, punjabi la, itali la, arab la. dulu hantaran ribu2 je tapi skang berpuluh2 ribu. T.T
.-= zaiMi´s last blog ..6 Ciri-Ciri Blogger Poyo =-.
Kenduri jiran je. Bila pulak tuan punya blog nak kenduri? 😀
@imran, panjang lagi perjalanannya.
semangat gotong royong time kenduri nie masih lg diamalkan dikg2..klu org jawa panggil Rewang..