Novel Cinta Sufi Kini Dalam Genggaman

Salam sejahtera buat semua.

Novel Cinta Sufi

Akhirnya, novel Cinta Sufi hasil karya RAM telah berada dalam genggaman saya. Terima kasih kepada Rufi yang sanggup bersusah payah membeli buku ini di PBAKL semalam. Dengarnya, sampai sakit bahu memborong buku yang dikirim oleh rakan-rakan. 🙂

Cinta Sufi dan Denyut Kasih Medik

Novel Denyut Kasih Medik (kepunyaan rumet) yang ditulis oleh suami Fatimah Syarha, novelis novel Islami dan novel Cinta Sufi oleh RAM.

Berikut adalah petikan ringkasan atau sinopsis yang ditulis di bahagian belakang novel Cinta Sufi.

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Novel Cinta Sufi RAM

Bagi mereka yang mempunyai akaun Goodreads, anda boleh menambah novel Cinta Sufi ke dalam senarai buku anda. Saya telah memasukkan daftar novel ini pagi tadi.

Sedikit petikan mengenai novel seterusnya oleh RAM yang bertajuk Rayyan Fantasi.

Rayyan Fantasi ini nanti mengisahkan mengenai cerita tentang seorang lelaki yang menghidap kanser. Diramalkan hidup hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Impian terakhirnya adalah mendaki Gunung Kinabalu. Namun lelaki itu hilang semasa pendakian. Selepas lima tahun, lelaki itu muncul semula dari tempat dia dilaporkan hilang.

beliamuda: Tak sempat lagi memulakan pembacaan novel Cinta Sufi. Rumet dah sampai separuh jalan buku Denyut Kasih Medik. Huhu~

34 thoughts on “Novel Cinta Sufi Kini Dalam Genggaman

  1. Pingback: (Cover) Novel Sutera Bidadari oleh RAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge