Salam sejahtera buat semua.

Setiap lagu itu pasti ada tersimpan sesuatu memori disebaliknya. Setiap kali mendengar semula lagu itu, pasti akan membuka semula sejarah lampau. Salah satu lagu yang mempunyai kesan tersendiri dalam kisah perjalanan hidup saya ialah lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.
Kali pertama saya mendengar lagu nasyid ini ialah ketika di zaman menengah rendah. Masa tu kiranya di waktu awal kemunculan lagu-lagu nasyid kontemporari yang bergenre kasih sayang. Kumpulan seperti UNIC dan INTEAM adalah antara kumpulan yang sedang meningkat naik pada masa tu.
Jom kita dengar dulu lagu Hanya Tuhan Yang Tahu daripada klip video asalnya.
*****
Lirik Nasyid Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Ulang rangkap 3,4 dan 4
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
*****
Mendengar semula lagu nasyid ini semasa di Tingkatan 4, timbul satu perasaan di hati. Membuka semula simpulan suatu perasaan yang tersirat. Mengembalikann semula ingatan kepada kenangan yang hampir dilupakan. Dan tanpa disedari, pada masa tu pipi terasa basah, dek air mata yang keluar tanpa diduga.
beliamuda: Nukilan ayatnya lebih panjang, tapi terpaksa dinoktahkan lebih awal. Tulisan akan disambung semula pada masa akan datang.
Leave a Reply